WEEK 2
MENTIMETER

Mentimeter adalah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk sesi soal jawab. Selain itu, aplikasi ini mudah untuk mendapatkan respon daripada pelajar. Namun begitu, aplikasi ini hanya boleh digunakan apabila ada sambungan internet.
1. Perangsang dalam set induksi
Dalam set induksi, pengunaan Mentimeter dapat merangsang dan menarik perhatian pelajar dengan sesuatu tajuk yang ingin diajar. Ianya boleh digunakan secara kreatif untuk menjadikan set pengenalan anda sesuatu yang interaktif dan bermakna.
2. Alat untuk mengumpul data
Guru boleh memgumpul data daripada pelajar secara pantas. Mungkin guru boleh mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan sedia ada pelajar serta boleh mengukur tahap penilaian kendiri pelajar terhadap sesuatu kemahiran. Maklumat akan terus didapati untuk dianalisis.
3. Untuk menggalakkan pendapat atau pandangan
Memberi pendapat dan pandangan secara lisan adalah kaedah terbaik untuk memantapkan kemahiran komunikasi. Tetapi kaedah ini sering dibatasi oleh sikap pelajar yang malu untuk mengutarakan pandangan. Dengan ciri ‘anonymous‘ pada Mentimeter, pelajar bebas mengutarakan pendapat. Dengan ini, kualiti dan kuantiti sesuatu pendapat dapat dipertingkatkan.
4. Tinjauan untuk refleksi
Dengan Mentimeter, guru dapat mengukur dan menilai keseluruhan set pembelajaran yang telah berlangsung. Gunakan 5 minit waktu akhir untuk pelajar mengisi maklumat mengenai tahap pemahaman mereka, apa yang mereka sukakan dalam pembelajaran hari ini atau bertanyakan jika ada sebarang persoalan yang masih terbuku dihati mereka.
5. Untuk perancangan pengajaran guru
Guru boleh menggunakan Mentimeter untuk mendapatkan data yang sah untuk menghasilkan sesuatu set pembelajaran atau rancangan pengajaran. Contohnya, untuk kelas esok, guru boleh melakukan tinjauan ringkas dengan meminta pelajar memberikan beberapa maklumbalas serta maklumat yang diperlukan.
6. Sebagai tugasan pelajar
Pelajar boleh menggunakan Mentimeter sebagai alat untuk mengumpul data secara terus. Jika pelajar mempunyai peranti sendiri, mereka boleh menjalankan aktiviti luar seperti kajiselidik guru dan pelajar di sekitar sekolah. Di kelas Sains data-data awal setiap kumpulan bagi eksperimen yang sama dapat dikumpulkan untuk dipaparkan di hadapan kelas.