WORDPRESS
WordPress adalah sebuah software/script yang boleh di-install di server/hosting untuk membuat website dan merupakan salah satu CMS ( Content Management System ) bersifat open source. Penggunaan aplikasi WordPress merupakan aplikasi pembangunan blog yang mudah dan mudah dipelajari. Antara faedah penggunaan WordPress adalah boleh digunakan secara percuma, mudah digunakan, dikawal oleh anda, kelebuhan enjin carian dan juga komuniti sokongan yang besar. Aplikasi WordPress adalah percuma dan tidak mempunyai had penggunaan. Ini membolehkan pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara terus tanpa dikenakan apa-apa bentuk pembayaran. Walau bagaimanapun, sekiranya pengguna ingin menambah plugin atau tema yang ekslusif, pengguna perlu membayar kos penggunaan perkhidmatan tersebut dengan harga yang mampu milik. Pakej percuma yang ditawarkan oleh aplikasi WordPress ini adalah terhad dan meliputi kepada penggunaan asas sahaja.
Aplikasi ini juga mudah digunakan dan tidak memerlukan skil dan pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi untuk mahir menggunakannya. Terdapat banyak alat yang membolehkan anda memuatnaik artikel ke dalam blog dengan lebih mudah dan efisyen. Tiada lagi penggunaan kod aturcara yang kompleks untuk membangunkan sebuah laman web. Anda boleh menambah dan melupuskan laman dan paparan ‘post’ yang telah anda lakukan secara lebih komprehensif.
Pengguna mampu mengawal laman blog ini atas hak sendiri. Pengguna tidak perlu meminta kebenaran daripada pihak tertentu untuk mengemaskini laman blog anda. Pengguna merupakan tuan kepada laman blog yang dibangunkan. Dari aspek rekabentuk laman blog yang dibangunakan, pengguna mampu untuk merekabentuk laman blog sendiri tanpa perlu menggunakan khidmat jururekabentuk laman web untuk menjadikan laman blog lebih sofistikated.
Kemaskini maklumat dan ‘post’ yang dilakukan dapat meningkatkan indeks kebolehlihatan di dalam senarai enjin carian seperti Google dan Yahoo Search. Pengguna perlu mengemaskini laman blog yang dibangunkan secara lebih kerap dan konsisten. Ini akan meningkat posisi kedudukan laman blog di dalam kedudukan yang tinggi di dalam senarai enjin carian. Komunikasi yang kerap terhadap pelawat dan pembaca laman blog juga membolehkan laman blog berada di dalam senarai tertinggi enjin carian. Ini menunjukkan laman blog yang dibangunkan adalah aktif dan sentiasa segar dengan maklumat dan maklumbalas.
Komuniti aplikasi WordPress adalah sangat besar dan ramai dari segi penggunanya. Pengguna dapat berkongsi dan menemui penulis blog yang mempunyai latarbelakang yang berbeza, umur, Negara di dalam komuniti ini. Untuk meningkatkan kebolehlihatan laman blog, anda perlu sentiasa mengikuti dan memberi maklumbalas yang aktif terhadap laman blog yang dibangunkan oleh penulis blog lain. Ini akan menunjukkan anda aktif bukan sahaja membangunkan laman blog sendiri, malah aktif terhadap laman blog yang lain. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan populariti pengguna dikalangan komuniti laman blog
x
No comments:
Post a Comment