Sunday, 16 December 2018

PLICKERS

Plickers merupakan antara aplikasi web yang mendapat tempat dalam kalangan pendidik Abad 21. Sistem nya yang 'canggih' dan ada ciri-ciri augmented reality, menyebabkan aplikasi Plickers mula menjadi pilihan lebih ramai guru untuk dipraktikkan dalam kelas. Apatah lagi aplikasi Plickers ini tidak memerlukan banyak gajet yang perlu disediakan kepada pelajar.


PHOTOSHOP ANIMATION

Adobe Photoshop, atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. Perisian ini banyak digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan bersama Adobe Acrobat, dianggap sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi ke lapan aplikasi ini disebut dengan nama Photoshop CS, versi ke sembilan disebut Photoshop CS2 dan seterusnya. Photoshop boleh digunakan pada Microsoft WindowsMac OS X, dan Mac OS; versi 9 ke atas juga dapat digunakan oleh sistem operasi lain seperti Linux dengan bantuan perisian tertentu seperti CrossOver 

Untuk tajuk ini tugasan yang diberikan adalah membuat animasi pada header wordpress. Ayat yang saya pilih adalah "WELCOME TO MY PAGE". Ini adalah header yang telah siap.


Tuesday, 27 November 2018



QR CODE

QR adalah singkatan untuk Quick Response iaitu respon atau maklumbalas yang pantas.Dengan menggunakan aplikasi tertentu di telefon bimbit anda, anda dapat mengimbas kod QR tersebut dan mendapat respon tertentu. Pantas dan mudah tanpa perlu menaip URL yang panjang.

Kod QR boleh digunakan untuk berkongsi 4 jenis maklumat dengan efisien

  • Alamat laman web / URL
  • Kandungan Teks (250 aksara)
  • Nombor Telefon (dan boleh terus menelefon)
  • Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara)

Pada semester ini saya telah didedahkan dengan satu lagi aplikasi baru dalam dunia teknologi. Sebelum ini saya hanya mempunyai pengetahuan tentang kewujudan QR code ini namun tidak mengetahui bagaimana ia dihasilkan dan bagaimana ia berfungsi. Melalui aplikasi ini saya berpendapat bahawa ia sangat memudahkan penyebaran maklumat serta promosi sesuatu barangan

Saya juga didedahkan dengan beberapa laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan percuma dan beberapa perkhidmatan berbayar untuk generate QR code ini. Antaranya ialah :



Untuk mengukuhkan lagi pengetahuan tentang aplikasi ini saya telah diberi tugasan untuk membuat video dan juga menghubungkan video tersebut dengan apikasi qr code. Apabila QR code ini diimbas ia akan memaparkan video yang dihasilkan. QR code yang dihasilkan boleh dilihat dibawah.

DRY BRUSH
GRADED WASH
LIFTING OF PAINT
MASKING
SALT
SGRAFFITO
STRAW BLOWING
WET IN WET



Gambar di bawah merupakan tugasan yang telah siap. Tugasan ini disaipkan secara berkumpulan iaitu terdiri daripada saya sendiri dan juga Jonathan. Dalam menyiapkan tugasan ini kami membahagikan tugas dan menyiapkannya seawal dua minggu sebelum tarikh penghantaran. Kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan membolehkan kami untuk menyiapkan ini. Tugasan ini mengandungi lapan teknik dalam penggunaan cat air oleh itu kami membahagikan setiap seorang mendapat empat teknik. Idea tugasan ini disumbangkan oleh Jonathan dan dilaksanakan bersama.

Semasa sesi pembentangan rakan sekelas yang lain serta pensyarah kursus ini, (MSP3062 Pendidikan Seni dan Teknologi) Dr. Wani mengimbas setiap qr code untuk memastikan video yang terkandung dalam qr code adalah betul seperti apa yang dinyatakan.



Monday, 26 November 2018



WORDPRESS





WordPress adalah sebuah software/script yang boleh di-install di server/hosting untuk membuat website dan merupakan salah satu CMS ( Content Management System ) bersifat open source. Penggunaan aplikasi WordPress merupakan aplikasi pembangunan blog yang mudah dan mudah dipelajari. Antara faedah penggunaan WordPress adalah boleh digunakan secara percuma, mudah digunakan, dikawal oleh anda, kelebuhan enjin carian dan juga komuniti sokongan yang besar. Aplikasi WordPress adalah percuma dan tidak mempunyai had penggunaan. Ini membolehkan pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara terus tanpa dikenakan apa-apa bentuk pembayaran. Walau bagaimanapun, sekiranya pengguna ingin menambah plugin atau tema yang ekslusif, pengguna perlu membayar kos penggunaan perkhidmatan tersebut dengan harga yang mampu milik. Pakej percuma yang ditawarkan oleh aplikasi WordPress ini adalah terhad dan meliputi kepada penggunaan asas sahaja.


Aplikasi ini juga mudah digunakan dan tidak memerlukan skil dan pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi untuk mahir menggunakannya. Terdapat banyak alat yang membolehkan anda memuatnaik artikel ke dalam blog dengan lebih mudah dan efisyen. Tiada lagi penggunaan kod aturcara yang kompleks untuk membangunkan sebuah laman web. Anda boleh menambah dan melupuskan laman dan paparan ‘post’ yang telah anda lakukan secara lebih komprehensif.


Pengguna mampu mengawal laman blog ini atas hak sendiri. Pengguna tidak perlu meminta kebenaran daripada pihak tertentu untuk mengemaskini laman blog anda. Pengguna merupakan tuan kepada laman blog yang dibangunkan. Dari aspek rekabentuk laman blog yang dibangunakan, pengguna mampu untuk merekabentuk laman blog sendiri tanpa perlu menggunakan khidmat jururekabentuk laman web untuk menjadikan laman blog lebih sofistikated.


Kemaskini maklumat dan ‘post’ yang dilakukan dapat meningkatkan indeks kebolehlihatan di dalam senarai enjin carian seperti Google dan Yahoo Search. Pengguna perlu mengemaskini laman blog yang dibangunkan secara lebih kerap dan konsisten. Ini akan meningkat posisi kedudukan laman blog di dalam kedudukan yang tinggi di dalam senarai enjin carian. Komunikasi yang kerap terhadap pelawat dan pembaca laman blog juga membolehkan laman blog berada di dalam senarai tertinggi enjin carian. Ini menunjukkan laman blog yang dibangunkan adalah aktif dan sentiasa segar dengan maklumat dan maklumbalas.


Komuniti aplikasi WordPress adalah sangat besar dan ramai dari segi penggunanya. Pengguna dapat berkongsi dan menemui penulis blog yang mempunyai latarbelakang yang berbeza, umur, Negara di dalam komuniti ini. Untuk meningkatkan kebolehlihatan laman blog, anda perlu sentiasa mengikuti dan memberi maklumbalas yang aktif terhadap laman blog yang dibangunkan oleh penulis blog lain. Ini akan menunjukkan anda aktif bukan sahaja membangunkan laman blog sendiri, malah aktif terhadap laman blog yang lain. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan populariti pengguna dikalangan komuniti laman blog












x

Tuesday, 6 November 2018


PADLET

Made with Padlet

Padlet merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan pelajar berkongsi pendapat mereka dengan sticky note elektronik pada papan digital yang dikongsi bersama-sama. pelajar boleh menaip huruf bagi setiap sticky notes elektronik yang boleh menggabungkan imej, audio, atau video menggunakan pautan laman web yang sesuai. padlet juga boleh digunakan umtuk mencatat nota peribadi atau senarai perkara yang perlu dilakukann dan sebagai tempat untuk koleksi maklum balas dan sebagainya. dengan menggunakan aplikasi ini, ia membolehkan para pelajar lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan dunia teknologi maklumat yang ingin diterapkan dalam diri para pelajar agar para pelajar kita lebih maju dan tidak hanya bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional iaitu berpusatkan kepada guru.

Tuesday, 23 October 2018

WEEK 6 
SCRATCH

TUTORIAL SHARK GAMES

Selain daripada menghasilkan animasi yang boleh bergerak dan bercakap, aplikasi Scratch ini boleh digunakan untuk menghasilan games yang simple seperti Shark games ini. Dalam games ini shark tersebut dikehendaki untuk memakan ikan-ikan di dalam games tersebut.