QR CODE
QR adalah singkatan untuk Quick Response iaitu respon atau maklumbalas yang pantas.Dengan menggunakan aplikasi tertentu di telefon bimbit anda, anda dapat mengimbas kod QR tersebut dan mendapat respon tertentu. Pantas dan mudah tanpa perlu menaip URL yang panjang.
Kod QR boleh digunakan untuk berkongsi 4 jenis maklumat dengan efisien
- Alamat laman web / URL
- Kandungan Teks (250 aksara)
- Nombor Telefon (dan boleh terus menelefon)
- Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara)
Pada semester ini saya telah didedahkan dengan satu lagi aplikasi baru dalam dunia teknologi. Sebelum ini saya hanya mempunyai pengetahuan tentang kewujudan QR code ini namun tidak mengetahui bagaimana ia dihasilkan dan bagaimana ia berfungsi. Melalui aplikasi ini saya berpendapat bahawa ia sangat memudahkan penyebaran maklumat serta promosi sesuatu barangan
Saya juga didedahkan dengan beberapa laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan percuma dan beberapa perkhidmatan berbayar untuk generate QR code ini. Antaranya ialah :
Untuk mengukuhkan lagi pengetahuan tentang aplikasi ini saya telah diberi tugasan untuk membuat video dan juga menghubungkan video tersebut dengan apikasi qr code. Apabila QR code ini diimbas ia akan memaparkan video yang dihasilkan. QR code yang dihasilkan boleh dilihat dibawah.
![]() |
| DRY BRUSH |
![]() |
| GRADED WASH |
![]() |
| LIFTING OF PAINT |
![]() |
| MASKING |
![]() |
| SALT |
![]() |
| SGRAFFITO |
![]() |
| STRAW BLOWING |
![]() |
| WET IN WET |
Gambar di bawah merupakan tugasan yang telah siap. Tugasan ini disaipkan secara berkumpulan iaitu terdiri daripada saya sendiri dan juga Jonathan. Dalam menyiapkan tugasan ini kami membahagikan tugas dan menyiapkannya seawal dua minggu sebelum tarikh penghantaran. Kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan membolehkan kami untuk menyiapkan ini. Tugasan ini mengandungi lapan teknik dalam penggunaan cat air oleh itu kami membahagikan setiap seorang mendapat empat teknik. Idea tugasan ini disumbangkan oleh Jonathan dan dilaksanakan bersama.
Semasa sesi pembentangan rakan sekelas yang lain serta pensyarah kursus ini, (MSP3062 Pendidikan Seni dan Teknologi) Dr. Wani mengimbas setiap qr code untuk memastikan video yang terkandung dalam qr code adalah betul seperti apa yang dinyatakan.









No comments:
Post a Comment